Patung Ronaldo Di Lapangan Terbang Madeira Akhirnya Ditukar

Patung Ronaldo Di Lapangan Terbang Madeira Akhirnya Ditukar />

Nampaknya patung gangsa epik Cristiano Ronaldo hasil tangan artis Emanuel Santos di lapangan terbang Madeira telah digantikan dengan patung versi baharu.

Dilaporkan keluarga Ronaldo tidak begitu berkenan dengan patung berkenaan yang ‘tidak sama’ dengan Ronaldo. Jumaat lalu, pihak pengurusan lapangan terbang Madeira telah menggantikan patung berkenaan dengan patung versi baharu.

Ronaldo Patung New

“saya berasa sedih dan kecewa. Tiada perkataan yang dapat diluahkan,” kata Emanuel. Pengarah lapangan terbang Madeira, Duarte Ferreira pula mempunyai pendapatnya yang tersendiri. “Patung ini lebih baik daripada yang lepas. Itu yang kami, saya dan Ronaldo setujui. Kami telah membayar Santos untuk buat patung ini dan jika beliau berasa sedih kami menggantikannya, itu masalah dia,” kata Duerte.

Namun patung yang baharu ini juga masih tidak sama dengan tuan punya badan dan ramai yang beranggapan patung yang asal lebih mempunyai ‘jiwa’ Ronaldo. Ada juga yang mahukan patung yang asal diletakkan semula di lapangan terbang berkenaan.

Sumber: thevocket.com