Jumlah Rumah Tidak Terjual Berada Di Paras Tertinggi Sepanjang Sedekad

Jumlah Rumah Tidak Terjual Berada Di Paras Tertinggi Sepanjang Sedekad />

19/02/2018

Rumah mampu lihat

Sebuah berita yang mengejutkan ramai apabila Bank Negara Malaysia melaporkan jumlah rumah yang tidak terjual kini berada di dalam paras tertinggi sepanjang sedekad. Dikatakan punca utamanya adalah berikutan harga rumah yang tinggi berbanding purata gaji pendapatan Rakyat Malaysia.

Setakat tiga bulan pertama 2017, cuma 24% rumah yang ditawarkan para pemaju bernilai RM250,000 dan kebawah dimana cuma 35% Rakyat Malaysia yang mampu untuk mendapatkannya.

Majoriti hartanah yang gagal terjual berdasarkan BNM merupakan rumah yang diluar kategori mampu milik iaitu RM282,000 dan keatas berdasarkan purata gaji Rakyat Malaysia.

Sumber: Sebenarnya.my

Berdasarkan laporan daripada Bank Negara Malaysia, punca berlakunya lambakan rumah yang diluar kategori mampu milik disebabkan masalah supply and demand.

Permintaan rumah mampu milik yang tinggi sekaligus turut mempengaruhi jualan rumah dengan harga RM250,000 dimana 82% daripadanya gagal dijual pada suku kedua tahun 2017.

Harga hartanah di Malaysia juga dilihat meningkat sebanyak 9.8% secara purata bermula 2007 sehingga 2016. Sebuah angka yang agak tinggi jika dibandingkan dengan pendapatan purata Rakyat Malaysia.

pexels-photo-58603

Syarat bank yang ketat juga antara yang turut menjadi punca ramai gagal untuk memohon pinjaman bagi membiaya rumah dengan harga yang tinggi.

Buat para pelabur, peluang membuat untung mungkin agak besar berdasarkan situasi yang berlaku kini namun buat mereka yang berminat untuk membeli rumah mampu milik  yang baru untuk menetap mungkin agak sukar. 

HDC Sarawak

Mendapatkan rumah secara subsale antara langkah yang terbaik sekiranya anda bercadang untuk mendapatkan rumah untuk menetap dengan tanda harga RM250,000 dan ke bawah.

Sumber: thevocket.com