Khutbah Khulafa' Ar-Rasyidin

Not yet rated Write a review
Price
RM 19.00
Availability:
In Stock
Product Code:
BKK 00067
Brand:
Kemilau Publika

Usually dispatches within 3 to 5 working days.

Share

Khulafa' ar-Rasyidin al-Mahdiyyin (para pemimpin yang lurus dan terbimbing) ialah empat khalifah (pemimpin) kaum Muslimin selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Empat khalifah tersebut ialah:

  • Abu Bakar as-Siddiq
  • Umar ibnu al-Khattab
  • Uthman ibnu Affan
  • Ali ibnu Abu Talib


Mereka adalah penerus perjuangan Rasulullah SAW. Berkat usaha yang dilakukan, risalah Islam tersebar ke seluruh penjuru dunia. Tinta emas sejarah Islam mencatatkan jasa agung Khufala' ar-Rasyidin dalam memajukan umat Islam dan kejayaan Islam di muka bumi ini. Manakala dalam tinta keabadian Islam turut mencatat khutbah-khutbah dan nasihat-nasihat agung Khulafa' ar-Rasyidin yang selalu memberikan inspirasi kepada kaum Muslimin dalam menempuh sebuah kehidupan yang penuh dengan cabaran. Rasulullah SAW menganjurkan umatnya agar berpegangn teguh pada sunnah-Nya serta mentaati para pemimpin yang lurus dan terbimbing, sebagaimana sabdanya.



"Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat kepada pemimpin meskipun dia seorang hamba hitam. Dan kamu akan melihat perselisihan yang sangat teruk setelah aku tiada nanti, maka hendaklah kamu mengikuti sunnah-Ku dan sunnah para Khulafa' ar-Rasyidin Mahdiyyin, gigitlah ia dengan gigi geraham (berpegang teguhlah padanya) dan jauhilah perkara-perkara muhdatsat (hal-hal baru dalam agama), kerana setiap yang muhdatsat itu adalah bidaah, sesungguhnya setiap bidaah (mengadakan hal-hal baru dalam agama tanpa rujukan al-Quran dan sunnah) adalah kesesatan." (HR Abu Daud: 3540)

Book
Book Author Ustaz Ashraf Suarin Al-Muqri
Book ISBN 9789673611201
Book Pages 240 Halaman
Write a review