Khusyuk Dalam Solat - Edisi Baharu 2022

Not yet rated Write a review
Price
RM 20.00
Availability:
In Stock
Product Code:
BKH 00055
Brand:
Galeri Buku Harakah

Usually dispatches within 3 to 5 working days.

Share

Edisi Kemaskini 2022

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah SWT atas limpah kurniaNya dapat diterbitkan buku ‘best seller’ ini bagi tahun 2022. 

Banyak pembetulan yang dibuat setelah penelitian dilakukan dalam penerbitan buku Khusyuk Dalam Solat kali ini. Kami telah menyemak hadith-hadith yang terdapat dalam buku ini dan telah memasukkan Matan Hadith, takhrijnya dengan bantuan  Al-Fadhil Ustaz Ahmad Fauzi Hasan (Pensyarah Pusat Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah, UniSZA) dan Al-Fadhil Ustaz Mohd Harme Aman Razali (Timbalan Pengerusi Darul Hadis Kuala Nerus, Terengganu).

Penerbit juga menambah 1 bab khusus iaitu Bacaan Dalam Solat Serta Pengertiaannya serta dimasukkan nas-nas dari Hadith-hadith yang sahih agar kita dapat menambah ketenangan hati dan khusyuk bahawa bacaan-bacaan tersebut adalah warid dari Nabi SAW.

Buku ini harus dimiliki oleh semua kerana perbahasannya berkenaan kepentingan khusyuk dalam solat dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz membimbing kita cara dan kaedah untuk memandu hati kita agar mudah mendapat kelazatan khusyuk ketika solat.

Lenggok bahasa asal Almarhum Tuan Guru dikekalkan kerana apabila membaca buku ini, seperti kita sedang menghayati kuliah yang disampaikan oleh Almarhum Tuan Guru kepada kita. Sesungguhnya ibadah solat itu adalah suatu urusan yang besar di sisi Allah SWT. Terlalu banyak yang perlu kita pelajari, fahami dan amalkan untuk mencapai maksud solat yang sebenar seperti yang dikehendaki syariat.

Sesungguhnya solat adalah hubungan secara langsung antara hamba dan Al-Khaliq. Segala bacaan adalah dialog dan munajat hamba kepada Al-Khaliq. Sungguh amat sukar untuk memberikan tumpuan sepenuhnya dalam solat, adakalanya tumpuan dan ingatan seseorang itu kepada Allah SWT di dalam solat hanyalah sedikit sahaja manakala selebihnya hanyalah ucapan-ucapan yang terlompat dari lidah tanpa kawalan hati dan kesedaran fikiran.

Sesungguhnya buku ini amat besar manfaatnya kepada kita semua dan wajar dibaca, dimiliki dan amat sesuai dijadikan teks untuk tazkirah bagi membetulkan amalan hati kita ketika solat kerana tidak memadai dan tidak dapat mencapai tujuan solat sepenuhnya jika kita hanya menumpukan hanya pada gerakan dan bacaan sahaja tanpa memandu hati kita untuk khusyuk ketika solat.

Book
Book ISBN 9789672660019
Write a review