Justeru, beliau menamakan mereka sebagai Ikhwan
Mujahidin, kerana apa yang mereka tanggung dari bebanan jihad dengan
semua martabat dan jenis-jenisnya demi melaksanakan manhaj ini.Beliau
juga menamakan sekali lagi – di dalam risalah yang sama – sebagai
“Ikhwan Yang Benar” kerana mereka membenarkan apa yang mereka janjikan
kepada Allah. Mereka ditarbiyyah di dalam saf jama’ah.
Al-Imam Al-Banna pengasas jama’ah Ikhwan Muslimin – semoga Allah merahmati beliau – telah mengemukakan risalah ini kepada
insan pilihan dari kalangan Ikhwan Muslimin yang telah matang di dalam
bidang-bidang ‘amal, marhalah da’wahdan di dalam harakah dan tarbiyyah.
Mereka telah layak untuk berjihad di jalan Allah untuk mempraktikkan
manhaj Islam di dalam kehidupan.
Mereka ini telah berjanji dan menjunjung bai’ah
bahawa mereka akan ber’amal sekadar keupayaan di jalan perlaksanaan
manhaj Islam dalam islah. Di samping itu mempercayai bahawa Islam adalah penyelesaian bagi setiap masalah dalam apa jua bidang dari
bidang-bidang kehidupan insan seluruhnya. - Penulis