Syarah Usul 20

Not yet rated Write a review
Price
RM 20.00
Availability:
Sold Out
Product Code:
BPF 00016
Brand:
Dewan Pustaka Fajar

Usually dispatches within 3 to 5 working days.

For Kad Istiqamah member, please provide membership number upon checkout.

Share

Justeru, beliau menamakan mereka sebagai Ikhwan Mujahidin, kerana apa yang mereka tanggung dari bebanan jihad dengan semua martabat dan jenis-jenisnya demi melaksanakan manhaj ini.Beliau juga menamakan sekali lagi – di dalam risalah yang sama – sebagai “Ikhwan Yang Benar” kerana mereka membenarkan apa yang mereka janjikan kepada Allah. Mereka ditarbiyyah di dalam saf jama’ah.

Al-Imam Al-Banna pengasas jama’ah Ikhwan Muslimin – semoga Allah merahmati beliau – telah mengemukakan risalah ini kepada insan pilihan dari kalangan Ikhwan Muslimin yang telah matang di dalam bidang-bidang ‘amal, marhalah da’wahdan di dalam harakah dan tarbiyyah. Mereka telah layak untuk berjihad di jalan Allah untuk mempraktikkan manhaj Islam di dalam kehidupan.


Mereka ini telah berjanji dan menjunjung bai’ah bahawa mereka akan ber’amal sekadar keupayaan di jalan perlaksanaan manhaj Islam dalam islah. Di samping itu mempercayai bahawa Islam adalah penyelesaian bagi setiap masalah dalam apa jua bidang dari bidang-bidang kehidupan insan seluruhnya.  - Penulis


Book
Book Author Al-Imam Hasan Al-Banna (Rukun Faham)
Book ISBN 9789678300827
Book Pages 254 Halaman Bercetak
Write a review