Sebagai seorang Islam, bagaimanakah
pelaksanaan solat yang anda dirikan itu? Ayuh! Tinggalkan solat orang jahil.
Tinggalkan solat orang lalai. Tinggalkan solat orang riyak. Kita bangkit untuk
mendirikan solat sebagai orang soleh, solat sebagai orang yang bertakwa, solat
sebagai orang Muqarrabin dan solat sebagai orang A'rifin.
SINOPSIS:
Buku SOLAT
MUKMIN vs SOLAT MUSLIM dikarang oleh Ustaz
Muhammad Nasib Zawawi bertitik tolak daripada keadaan semasa umat Islam di
seluruh dunia terutamanya penderitaan umat Islam di Palestin, Syiria dan umat
Islam Rohingya. Kenapa semua ini terjadi sedangkan akidah mereka sama dengan
akidah kita. Sama-sama menyembah Allah. Adakah Allah tidak lagi menyayangi
kita?
Berhenti menyalahkan Allah tetapi salahkan diri kita sendiri,
umat Islam yang telah lama tidak menjaga hubungan kita dengan Allah SWT. Kita juga
tidak bersungguh-sungguh mengabdikan diri kita kepada-Nya dan telah banyak pula
larangan Allah yang kita kerjakan.
Melalui solatlah kita dapat memperbaiki hubungan rasmi kita dengan Allah
SWT. Kita tingkatkan solat kita daripada
solat Muslim kepada solat orang Mukmin. Daripada solat yang hanya mementingkan
kuantiti kepada kualiti. Solat yang mengharapkan upah semata-mata kepada solat
yang memberikan ketaatan dan cinta. Moga dengannya Allah pasti membantu kita
umat Islam seluruh dunia untuk kemuliaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.
Insya-Allah.
Beliau turut mengendalikan modul
kursus ‘Mukmin Profesional’ kepada hampir 250 organisasi termasuk di Singapura
dan Brunei yang meliputi lebih kurang 1,280 program. Beliau pernah terlibat
dalam slot Motivasi Pagi di radio
IKIM.fm. Selain itu beliau juga pernah terlibat sebagai motivator untuk jemaah
haji pakej di bawah THTS. Sehingga kini, beliau menjadi mutawif jemputan bagi
ibadah umrah pada setiap tahun.
USTAZ MUHAMMAD NASIB BIN ZAWAWIbertugas sebagai Pengarah Operasi dan Fasilitator
utama di Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. Menadah ilmu di beberapa buah pondok
pengajian di tanah air juga menadah kitab di Masjidil Haram, Jordan dan di
Mesir. Sebagai aktivis dakwah yang mempunyai pengalaman lebih 20
tahun dalam bidang dakwah dan Pembangunan Insan sepenuh masa, beliau telah
menyampaikan banyak ceramah agama di dalam dan di luar negara.
TENTANG PENULIS
21.
Menghidupkan Ibadah Malam VS Mengabaikan
20.
Ingat-mengingat Tentang Solat VS Sama-sama
Lalai
19.
Merasa Hebatnya Allah SWT VS
Hebatnya Diri Sendiri
18.
Rindu dan Damai dengan Masjid VS Rimas
dan Gelisah
17.
Zikir dan Doa dengan Bersungguh-sungguh VS Bergantung
kepada Imam
16.
Pentingkan Hak Jemaah VS
Pentingkan Diri
15.
Bersungguh-sungguh dan Khusyuk VS Sambil Lewa
14.
Memanjangkan Solat VS Memanjangkan Doa
13.
Melengkapkan Pakej Solat VS Mengerjakan yang Fardu
12.
Memelihara Solat VS Mengerjakan Solat
11.
Sanggup Bersusah-susah VS Tidak Sanggup
10.
Istiqamah dan Kualiti VS
Kuantiti
9.
Istirahat dalam Solat VS Selepas Solat
8.
Seronok Bertemu Allah VS Beban
7.
Solat kerana SYUKUR dan CINTA VS
Semata-mata Pahala dan Ganjaran
6.
Nak Jadi Baik Kena Solat VS
Solat Tanda Orang yang Baik
5.
Munajat VS Semata-mata Bacaan dan Pergerakan
4.
Bersungguh dan Beradab VS Bermalas-malas ke Tempat Solat
3.
Menunggu AzanVS Datang Setelah Azan
2.
Solat Berjemaah VS Sendirian
1. Solat Di Awal Waktu VS Solat Ikut Suka Hati
♦ Perbezaan Antara Mukmin dengan Muslim
Kandungan