Kerna Syurga Bukan Percuma 2

Not yet rated Write a review
Price
RM 30.00
Availability:
In Stock
Product Code:
BSP 00003
Brand:
Sentap Press

Usually dispatches within 3 to 5 working days.

For Kad Istiqamah member, please provide membership number upon checkout.

Share

“Mustahillah dia hidup balik. Kau jangan main-main Raziq, mana ada manusia yang dah mati hidup balik!”
 
Khai berang. Dia tidak kisah andai sahabatnya itu ingin bergurau dengannya. Tapi satu, jangan bergurau tentang lelaki yang paling dicintainya. Lelaki yang pertama menjentik hatinya, memberi semangat dan sentiasa ada dengannya sehinggalah dia berjaya tinggalkan jahiliahnya.
 
Tapi tak lama..
 
“Aku tak sangka kau buat benda ni Khai. Sejak bila?” tempik Raziq.
Khai yang terkejut dengan kehadiran Raziq yang tiba-tiba itu menggelabah.
 
“Kau pilih Khai. Aku, atau benda haram tu?” Soal Nafisah kepada Adawiyah, kakaknya.
 
Sampai hari ini, Adawiyah masih tidak dapat melupakan lelaki itu. Lelaki pertama yang dapat menarik hatinya. Tetapi malang, jodoh tak panjang. Lelaki itu meninggal dunia ketika ingin menyelamatkan seorang budak yang hampir mati terbakar di surau. Ya, Khai.
 
“InsyaAllah dalam dua tiga hari lagi, akak bagi jawapan eh untuk lamaran abang kawan kamu tu?” kata Adawiyah, melarikan diri seperti biasa.
 
“Ya Allah, pandulah aku dalam setiap keputusan yang aku buat.” Bisik hati kecil Adawiyah.
 
“Kenapa? Kau macam tak percaya ja?” soal Nazmi yang tesenyum sinis melihat Khai.
 
Lemah lutut Khai. Hampir terduduk dia, jatuh ke lantai. Kudratnya yang ada, tiba-tiba terasa lemah tak bermaya.
 
“Nazmi?” kata Khai, terkejut.
 
Nazmi yang ketika itu memandang Khai dengan penuh kebencian dan dendam, tersenyum sinis apabila melihat keadaan Khai yang terkejut melihat dia.
 
“Dulu kau cakap aku munafik. Sekarang, apa beza aku dengan kau? Hahahaha.” Kata Nazmi sambil ketawa tanpa henti, menghina Khai.

Apa benar Abang Surau hidup kembali? Dari mana datangnya Najmi yang tiba-tiba menyerang dan memperkecilkan Khairul Rafeeq? Apa penghijrahan Khai dahulunya hanyalah sandiwara yang direka-reka untuk menambat hati Abang Surau?

"Khai, sebab itu aku pernah pesan, bilamana kau berubah disebabkan seseorang, hijrah kau tak kekal. Dia mati...hijrah kau 'pergi' ". - Abang Surau

Book
Book Author Najmi Fetih
Book Pages 330 Halaman
Book ISBN 9789672118015
Write a review

Latest Products