Surat Untuk Orang Putus Cinta

Not yet rated Write a review
Price
RM 30.00
Availability:
In Stock
Product Code:
BSP 00001
Brand:
Sentap Press

Usually dispatches within 3 to 5 working days.

Share

"Untuk mendapatkan cinta manusia, kau sanggup berkorban segalanya. Tetapi, untuk mendapat cinta Allah, kau hanya berkorban ala kadar..."

Kami dapat ribuan mesej, anak muda hari ni sikit-sikit bermasalah tentang cinta. Pelajar sekolah biasa terjebak, pelajar sekolah agama pun terjebak. Dari couple pegang-pegang tangan, sampailah couple acah-acah islamik. . Parah. Bermacam-macam bentuk soalan kami terima, yang membuatkan kami rasa sangat sedih dan sebak. . Dari isu couple sampai isu terlanjur, hingga isu anak luar nikah, hingga isu nak bunuh diri, senang cakap, terlalu banyak soalan yang kami dapat tentang masalah cinta ni! . Korang pun tahu, kes anak luar nikah dari 2006 sampai 2016, cecah 500,000 kes yang di laporkan. Itu baru anak luar nikah yang di daftarkan. Belum yang tak di daftarkan. Belum yang buang bayi lagi. Belum yang berzina tapi tak dapat anak lagi. Belum cerita yang langgan pelacur lagi. Belum campur yang couple pegang-pegang tapi tak berzina. Belum cerita yang couple acah islamik. Belum cerita yang TAK couple, tapi ketagih video lucah. Belum cerita yang tak tengok video lucah, tapi ketagih drama yang di dalamnya banyak unsur yang bertentangan dengan syarak! . Sungguh, ia satu benda yang sangat merisaukan kami. . Ramai yang bila clash, dia cari baru, clash lagi, cari baru. Anak muda terus lalai, lalai, lalai tanpa mereka sedar. . Lagu famous, lagu cinta. Drama famous, drama cinta. Novel famous, novel cinta. Cinta cinta cinta cinta! Apakah semua ini? . Tapi, di kala ramai-ramai anak muda yang terjebak dengan perkara ini, ramai nak nak BERUBAH. Mereka menangis dan bertaubat, namun mereka seolah-olah dah ketagih, lantas tak mampu melupakan. Dosa itu sering terngiang-ngiang di kepala mereka. . Lalu, di sinilah kami cuba mengorak langkah! .

SURAT UNTUK ORANG YANG PUTUS CINTA adalah buku tulisan USTAZ ADNIN, setebal hampir 300+ muka surat. Khas untuk semua orang yang pernah couple, putus couple, terjebak dengan zina, terlanjur, ketagih video lucah dan onani, tak rasa cinta untuk beribadah, rasa putus asa dalam hidup, rasa nak bunuh diri, putus harapan dengan cinta Allah, rasa macam tak guna, dan segala masalah yang ada dalam hidup.



Aku dengar, kau baru putus cinta? Betul ke?

"Ah!! Pergilah kau. Jangan kacau hidup aku la!"

Hmm... Aku faham perasaan kau wahai kawan yang ku cintai. Aku tahu, dan aku amat memahami. Seluruh perasaan ini terkumpul dalam hati kau, betul tak kawanku?

Kecewa. Sedih. Pedih. Sengsara. Tertekan. Resah. Gelisah. Gundah-gulana. Terasa dipermainkan. Menangis. Putus asa. Jatuh. Rasa nak bunuh diri. Malu..

Maaf kawan..

Bukan niat aku untuk nak ganggu hidup kau, atau menambah keserabutan yang bermain dalam fikiran kau.

Tidak.

Bukan itu niatku wahai kawan..

Aku cuma...

Aku cuma sayangkan kau. Aku tak seronok tengok kau dalam keadaan muram dan suram. Aku faham, memang susah nak move on.

Bukan senang nak lupakan kisah-kisah dan janji-janji yang dikhianati oleh orang yang kau cintai dulu.

Cuma, aku nak berikan kau sedikit harapan. Harapan, yang mungkin selama ini kau lupa. Harapan yang mungkin selama ni kau alpa. Harapan yang mungkin selama ni kau  tak sedari. Harapan yang mungkin selama ni kau abaikan.

"Masihkah ada harapan buat aku??"

Book
Book Author Adnin Roslan
Book Pages 353 Halaman
Book ISBN 9789672118077
Write a review

Latest Products