Buku keempat PURIS ini merupakan genre seram-thriller.
ROOMMATE membawakan kisah Awira yang merupakan pelajar baru di sebuah
universiti tempatan dan di situlah dia mengenali Sofi sebagai rakan
sebiliknya atau yang sering dipanggil sebagai roommate. Pelbagai
kejadian aneh telah berlaku kepada Awira sejak dia menjadi pelajar di
situ. Antara gangguan yang berlaku, Awira menyaksikan di depan mata
kepala Sofi melekat di dinding bilik mereka.
Awira telah terlibat dengan permainan ghaib yang menjadi kegilaan
pelajar-pelajar di situ. Permainan yang menyeru kanak-kanak kecil
bernama Bloody Mary, dipercayai boleh menunaikan seluruh hajat orang
yang meminta. Sofi rakan sebilik Awira juga terjebak dengan permainan
tersebut. Sofi menjadi tertekan kerana sering diugut oleh “benda”
terbabit. Dalam keadaan terdesak, Sofi telah menjadikan Awira sebagai
cagaran untuk Bloody Mary. Awira semakin tertekan kerana sering
diganggu.