Idhah Al-Bab Li Murid Al-Nikah Bi Al-Sawab
- Availability:
- Sold Out
- Product Code:
- BKA 00301
- Brand:
- Al-Hidayah
Usually dispatches within 3 to 5 working days.
Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani berasal dari Kampung Parit Marhum,
Kerisek Patani. Beliau mengikuti pengajian asas di patani selama 5
tahun, kemudiannya menerus pengajian di Aceh di bawah bimbingan Sheikh
Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin al-Asyi selama 2 tahun. Setelah itu
beliau meneruskan pengajian di Mekah selama 30 tahun dan di Madinah 5
tahun. Kemudian kembali ke tanahair untuk tempoh yang singkat kerana
berlaku peperangan di antara Patani dan Siam. Beliau juga melibatkan
diri secara langsung dengan jihad fi sabilillah di Patani. Beliau
kembali ke Mekah dan aktif dalam bidang ilmu serta menghasilkan karya
tulisan dalam Bahasa Arab dan Bahasa Melayu.
Kitab Idhah al-Bab li
Murid al-Nikah bi al-Sawab merupakan salah satu khazanah ilmu yang
beliau hasilkan. Kitab ini khusus membahaskan bab Munakahat atau
Perkahwinan. Salah satu bab yang dibicarakan dalam feqah Islam. Buku ini telah disalin semula dengan menggunakan tulisan rumi tanpa membuat
pindaan daripada teks asal Jawinya. Begitu juga dari susun bahasanya
mengikut kepada bahasa di dalam teks asalnya. Ini memberi peluang kepada mereka yang kurang mahir dalam tulisan Jawi untuk mengikuti majlis
pengajian kitab ini berdasarkan kitab asalnya.
Semoga dengan
kehadiran teks yang disalin semula dengan tulisan rumi ini akan
menyuburkan lagi khazanah ilmu yang telah diusahakan oleh para ulama
terdahulu. Dan semoga dengan usaha kita menuntut Uniu-ilmu ini mendapat
keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T.