Edisi Istimewa 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman

Not yet rated Write a review
Price
RM 55.00
Availability:
Sold Out
Product Code:
BKG 00055
Brand:
Galeri Ilmu

Usually dispatches within 3 to 5 working days.

Share

Buku Siri 40 Hadis karangan Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari sudah berdekad berada di persada tanah air. Buku asal yang bersaiz kompak ini menjadi bahan pengajaran beliau di masjid dan surau serta menjadi bahan rujukan di sekolah dan universiti.Kini, siri buku 40 hadis ini diberi wajah baharu dan dikompilasikan bagi memudahkan para pembaca memilikinya secara 5 dalam 1 dengan judul Edisi Istimewa 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman. Edisi ini memaparkan judul 40 Hadis Kelebihan Ilmu dan Ulama, 40 Hadis Akhlak Mulia, 40 Hadis Penawar Hati, 40 Hadis Pertistiwa Akhir Zaman dan disisipkan buku bonus Kiamat Hampir Tiba.Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki, berasal dari Amuntai, Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Indonesia. Pernah berguru dengan Syeikh Abul Hassan al-Hasani an-Nadwi di India. Antara guru beliau ialah Syeikh Muhammad Yasin bin Isa al-Fadani al-Maliki dan Sayyid Muhammad bin Alawi bin Abbas al-Maliki, sehingga dianugerahkan gelaran keluarga 'Al-Maliki'. Beliau adalah mantan Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia, Kabupaten Barito Utara, Kalimantan Tengah. Selain memiliki Pondok Pesantren YASIN di Guntung Manggis, Banjarbaru, Kalimantan Selatan, beliau juga menabur bakti di Madrasah Tarbiah Islamiah Derang, Pokok Sena, Kedah. Antara buku-buku lain yang pernah dikumpul, disusun, diterjemah dan ditahqiq oleh beliau adalah Sairus Salikin, Hidayatus Salikin, Bidayatul Hidayah, Ayyuhal Walad dan Bustanul Arifin.

Write a review