Rona-Rona Cinta Damascus

Not yet rated Write a review
Price
RM 23.00 RM 5.00

You save RM 18.00

Availability:
In Stock
Product Code:
BKT 00088
Brand:
Telaga Biru

Usually dispatches within 3 to 5 working days.

Share

"Rona-rona Cinta Damascus" ialah sebuah novel yang mengisahkan kehidupan pelajar Malaysia di bumi Damascus, Syria. Konflik hidup dan ujian sebagai perantau terpaksa diharungi mereka demi sebuah perjuangan. Tekanan Amerika Syarikat terhadap Syria telah mengakibatkan mereka turut sama merasai bahang kekejamannya.

Novel ini juga menceritakan kisah percintaan seorang gadis yang bernama Manal Husna. Dia tidak pernah menginginkan perjalanan cinta yang tidak seindah angannya. Walaupun begitu dia tetap bersyukur kerana terlepas daripada cinta-cinta palsu dan reda dengan suratan takdir dalam hidupnya. Percintaan yang dibina atas pilihan orang tua dan kasihan, semuanya ternoktah dengan seribu penyelesaian.

Dugaan dan cabaran di bumi Damascus silih berganti hadir mengiringi ketentuan hidup pelajar di sana. Mampukah mereka meninggalkan bumi Syria dengan segulung ijazah. Berjayakah Manal Husna mengecapi cinta sebenar setelah meniti onak ranjau yang terpaksa ditempuhinya?

Penulis akan membawa anda ke dunia seram, suspen, menyayat hati, konflik dan ketenangan.

Biodata Penulis

Sheila Wani (nama pena) atau nama sebenarnya Nor Sheila Warni dilahirkan di Terengganu pada 1983 dan sekarang menetap di Kajang. Mula aktif dalam dunia penulisan semasa beliau menuntut di Damascus, Syria. Daripada pengamatan dan pengalaman penulis di bumi Damascus, maka terhasillah novel "Rona-Rona Cinta Damascus" yang merupakan novel sulung beliau.

Book
Book Author Sheila Wani
Book Pages 488 Halaman
Book ISBN 978-967-5102-42-4
Write a review

Latest Products