Sesungguhnya buku Terjemahan Penawar Bagi Hati' ini suatu kitab yang amat terkenal
di kalangan para pelajar yang mengikuti pengajian di pondokpondok,
masjid, surau ataupun di pejabat, yang membicarakan segala sifat yang
dipuji, seperti merendah diri dan sabar atau sifat yang dicela, seperti
dengki dan membesar diri.
Dan sesungguhnya ianya berkaitan dengan Ilmu Tasawwuf, iaitu suatu ilmu
yang membicarakan tentang sifat kelakuan diri kita, seperti mengosongkan hati daripada yang lain daripada Allah Ta'ala dan menghiasi diri kita
dengan memandang kepada Tuhan sekalian alam.
Sekiranya kita dapat mendalami tentang Ilmu Tasawwuf itu, ianya akan dapat
membersihkan segala anggota yang zahir, seperti; mata, telinga, lidah,
perut, faraj, dua tangan, dan dua kaki kita daripada segala perbuatan
yang keji supaya dapat menjurus kepada membersihkan hati daripada segala sifat kecelaan.
Sesungguhnya hendaklah kita ingat di dalam hati kita bahawasanya Allah telah memberi nikmat kepada kita beberapa nikmat yang tidak terhingga banyaknya, dan
wajib bagi kita tidak memeliharanya, nescaya ianya akan jadi saksi
semuanya di atas kita pada hari kiamat kelak.