Kronologi Misteri Menjelang Kemunculan Imam Mahdi dan Kedatangan Nabi Isa
- Availability:
- Sold Out
- Product Code:
- BKJ 00018
- Brand:
- Hijjaz
Usually dispatches within 3 to 5 working days.
Salah satu bukti kehebatan Islam ialah hadis-hadis Rasulullah s.a.w. mengenai masa depan umat khususnya umat akhir zaman. Salah satu hadis
menakjubkan ialah mengenai kemunculan seorang lelaki Ahli Bait yang
bakal menjadi panglima perang dan khalifah akhir zaman. Masyarakat barat mengenali sebagai 'Muhammad kedua'. Umat Islam pula mengenalinya
sebagai 'Imam Mahdi'. Beliau akan membawa keamanan dan melaksanakan
syariat di seluruh dunia. Rasulullah s.a.w. turut bersabda mengenai Al-Malhamah Al-Kubra iaitu sebuah peperangan paling dahsyat antara pihak Islam dan
kufar. Peperangan itu pula tidak menggunakan senjata berteknologi
tinggi. Sebaliknya menggunakan senjata lama seperti pedang, tombak,
panah dan sebagainya. Malah dikatakan juga, pada masa itu, semua
peralatan teknologi tidak lagi mampu berfungsi seperti sekarang.
Bagaimana semua itu boleh terjadi? Tidak lama selepas Imam Mahdi dan
para tentera sufinya berjaya menguasai dunia, Dajjal akan muncul bersama bala tentera kufarnya. Kemudian Nabi Isa a.s. pula akan turun dan
menghapuskan Dajjal dan semua fitnahnya. Dunia masih belum aman. Ini
kerana selepas itu, manusia diancam pula oleh yakjuj Makjuj, satu bangsa asing dan aneh yang dikurung di dalam tembok batu oleh Iskandar
Zulkarnain, di suatu tempat yang dirahsiakan oleh Allah. Pelbagai tragedi dan kejadian akan berlaku sebagai
petunjuk sebelum semua peristiwa itu berlaku. Semua itu bakal
dibincangkan di dalam buku ini dan ia perlu diberi perhatian oleh kita
semua. Mengapa? Ini kerana menurut Rasulullah s.a.w., semua itu akan
berlaku di akhir zaman. Kita adalah umat akhir zaman dan Rasulullah
s.a.w. ialah Al-Amin iaitu manusia yang tidak pernah berbohong.
Tags:
Book | |
---|---|
Book Author | Mohammad Suhair Asyaraf |
Book ISBN | 9789675391279 |
Book Binding | Kulit Nipis |