• Big Fat Lies Women Tell Themselves

Big Fat Lies Women Tell Themselves

Not yet rated Write a review
Price
RM 29.90
Availability:
Sold Out
Product Code:
BKP 00213
Brand:
PTS

Usually dispatches within 3 to 5 working days.

Share

Hubungan paling penting dalam hidup ini adalah hubungan kita dengan diri sendiri. Sayangnya, hubungan ini biasanya tidak begitu memberangsangkan. Kita melayan diri dengan begitu menekan dan keras. Sayangnya lagi, cara begitu sebenarnya tidak elok.

Dalam fikiran kita, sekiranya kita betul-betul berjaya, betul-betul kurus, betul-betul cantik, betul-betul kaya, betul-betul itu, dan betul-betul ini, tiba-tiba semua monolog dalaman yang penuh rasa tidak puas hati itu akan bertukar. Semuanya tiba-tiba jadi postif.

Betulkah?

Selepas lebih 10 tahun melatih ramai wanita, saya percaya saya jelas akan jawapannya. Perempuan sebenarnya sangat keras dengan diri sendiri. Tidak kiralah siapa dan di mana pun mereka.

Semua daripada kita berjuang melawan diri sendiri dalam sebesar-besar dan sekecil-kecil perkara. Perjuangan ini pula tidaklah membantu kita menjadi lebih berjaya, ataupun berasa lebih puas, mahupun menghasilkan lebih banyak pencapaian.

Tetapi siapakah yang layak mempersoalkan sikap kita ini? Tentulah kita sangat tegas dengan diri sendiri apabila ada begitu banyak perkara yang perlu difikirkan. Di sana ada kerjaya, cinta, anak-anak, kesihatan… senarainya terlalu panjang.

Kita ini, wanita, kelihatannya perlu membawa pulang ke rumah bahan-bahan masakan dan memasaknya menjadi begitu sedap. Kemudian waktu itu juga, kita mempunyai hubungan yang tiada celanya dengan pasangan, mampu menyiapkan semua kerja rumah, kelihatan cantik, ada anak yang bijak pandai, dan juga, kekal sihat.

Kita berasa adalah logik untuk seorang wanita itu ditarik-tarik ke 1001 arah yang berlainan pada satu masa. Bahkan kita wajar menikmati situasi ditarik-tarik ini. Kita berasa seolah-olah kita perlu sefleksibel yang mungkin. Sefleksibel getah, mungkin.

Pun begitu, hakikatnya kita hanyalah manusia. Apa kata kita berikan diri sendiri sedikit ruang?

Write a review