Indahnya Pemakanan & Perubatan Islam

Not yet rated Write a review
Price
RM 70.00
Availability:
In Stock
Product Code:
BKT 00167
Brand:
Telaga Biru

Usually dispatches within 3 to 5 working days.

For Kad Istiqamah member, please provide membership number upon checkout.

Share

Buku Indahnya Pemakanan & Perubatan Islam ini mengupas keajaiban penyembuhan dengan memanfaatkan farmakologi alam. Segala ciptaan Allah SWT mempunyai manfaat yang banyak kepada manusia, haiwan mahupun tumbuhan.

Makanan ialah makanan yang digunakan bagi menyediakan sokongan nutrisi untuk tubuh badan manusia. Biasanya ia terdiri daripada tumbuhan dan haiwan serta mengandungi nutrien penting seperti lemak, protein, vitamin dan mineral. Bahan ini dimakan oleh organisma dan diserap oleh sel-sel badannya untuk ditukarkan kepada tenaga, mengekalkan kehidupan serta merangsang pertumbuhan.

Bagi mencapai natijah optimum daripada sumber makanan yang diambil, Islam mengajar umatnya tentang pemakanan yang baik. Hal ini boleh diertikan sebagai gizi yang halal dan mendatangkan manfaat kesihatan kepada tubuh badan manusia. Alangkah indahnya agama ini, bukan sahaja menunjukkan jalan supaya memilih makanan yang baik kepada jasmani, bahkan menyuruh agar memastikan makanan itu benar-benar halal demi menjaga aspek rohani. Dengan maklumat baharu tentang dunia tumbuhan yang berada disekeliling kita, bukan sahaja dapat kita pelajari tentang kaedah penyembuhan penyakit malah pembaca diharap dapat menghayati kebesaran Allah SWT menerusi ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW tentang tumbuhan dan makanan.

Semoga ilmu di dalam buku Indahnya Pemakanan & Perubatan Islam ini dapat  dikongsi bersama seisi keluarga dan rakan-rakan untuk manfaat bersama. Ia juga boleh dijadikan rujukan kepada para pelajar dalam menghasilkan kajian dalam bidang berkaitan serta menyediakan panduan kepada para pengamal perubatan alternatif.

Book
Book Author Dr Faszly Rahim, Dr Wan Nasyruddin Wan Abdullah, Prof Dr Aminah Abdullah
Book Binding Hard Cover
Book Pages 378 Halaman
Book ISBN 9789673881925
Write a review

Latest Products