Sejarah PAS Membina Jiwa Merdeka 1951- 1957

Not yet rated Write a review
Price
RM 65.00
Availability:
Sold Out
Product Code:
BKH 00019
Brand:
Galeri Buku Harakah

Usually dispatches within 3 to 5 working days.

Share

Banyak sejarah Pas ditulis oleh ahli akademik dan orang yang berminat untuk menulis mengenai Pas. Penulisan mereka tidak mendalam dan bersifat mendatar sahaja. Mungkin kerana mereka tidak boleh akses maklumat Pas secara ditil.  Tetapi buku ini ditulis oleh mereka yng terlibat secara langsung di dalam Pas dan memimpin Pas. Segala fakta yang ditulis bersifat fakta pertama termasuk daripada minit mesyuarat Pas, pengalaman yang dilalui penulis dan kertas kerja yang ditulis oleh pemimpin Pas.

Buku ini menceritakan bagaimana sejarah penubuhan Pas. Pas  lahir bukan kerana kecewa dan kalah di dalam pertandingan merebut jawatan dalam parti. Ia ditubuhkan kerana perlunya jamaah atau kumpulan yang menegakkan yang makruf dan mencegah kemunkaran di dalam negara ini. Apabila Umno gagal mengangkat martabat dan kedudukan Islam di tempat yang sebenarnya seperti isu judi. Maka ulamak mendesak supaya satu parti yang lebih bebas dan lantang untuk  meneruskan mata rantai perjuangan Islam mesti ditubuhkan.

Sesuai dengan sebuah parti yang menjadikan Islam sebagai dasar dan landasan bertindak, maka Pas terus mara ke hadapan bagi menegakkan Islam di atas muka bumi ini. Walaupun cita-cita ini belum tercapai, namun sudah banyak apa yang hendak diperjuangkan oleh Pas terpaksa dilaksanakan oleh pihak kerajaan kerana desakan Pas dan  kemahuan rakyat. Pihak berkuasa memahami sekiranya mereka tidak laksanakan mereka akan kehilangan sokongan.


Buku ini juga menjawab tuduhan  yang mengatakan bahawa Pas ditubuhkan oleh penjajah. Sedangkan Pas tidak pernah memisahkan diri daripada menuntut kemerdekaan negara. Pas menganggap membebaskan diri daripada cengkaman penjajah adalah wajib. Haram berada di bawah penjajah yang menindas rakyat dan mengaut hasil bumi  negara ini.  Fakta menunjukkan ketika Ordinan Dharurat 1948 semua parti berhaluan kiri diharamkan seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya, Hizbul Muslimin,  Angkatan Pemuda Insaf, Angkatan Wanita Sedar, tetapi yang dibenarkan hidup hanya parti Umno.

Banyak pengalaman yang dilalui oleh Pas sejak penubuhanya  pada tahun 1951. Pernah memenangi Terengganu dan Kelantan  pada tahun 1959 selepas kejatuhan  khilafah Othmaniah di Turki pada tahun 1924. Pas pernah menyertai Kerajaan Campuran pada tahun 1971, kemudiannya membentuk Barisan Nasional pada tahun 1974. Pahit manis perjuangan Pas dan pengalaman politik secara praktikal, bukan berteori di bilik berhawa dingin. Ia merupakan satu kelainan daripada teori sains politik.


Semoga penulisan ini menjadi rujukan ilmiah kepada mereka yang berminat untuk mengkaji tentang Pas daripada sumber Pas. Ia memberi maklumat yang berguna kepada generasi muda pada hari ini untuk mengetahui rahsia kekuatan Pas yang disegani oleh kawan dan lawan. Parti yang tidak terkesan dengan penghijrahan pimpinan ke parti lain. Ahlinya ditarbiah supaya ikut pemimpin jika pemimpinya taat kepada Allah, Rasul dan parti. Jika berlaku sebaliknya, pemimpin akan keseorangan tanpa pengikut yang taksub selama ini.

Saya mengucap terima kasih kepada Tuan Haji Sabki Abd Latif dan Saudara Fadhli Abd Ghani yang telah sudi menulis buku ini. Tidak lupa kepada pihak Harakah yang telah membiayai penyelidikan dan penyediaan buku ini. Semoga ia menjadi amal jariah dan soleh kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
 

Write a review