Berfikir Gaya Al-Fateh
- Availability:
- Sold Out
- Product Code:
- BKP 00052
- Brand:
- PTS
Usually dispatches within 3 to 5 working days.
Sultan Muhammad Al-Fateh adalah seorang pemimpin yang warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubi (Pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (Pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol).
Rasulullah s.a.w. pernah menggambarkan kehebatan Sultan Muhammad Al-Fateh sebagai:
“Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk)
adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera.”
(Direkodkan oleh Ahmad)
Kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh menewaskan tentera salib mengagumkan bukan sahaja kawan, malah lawan. Kepimpinan dan taktik peperangannya yang hebat menjadi pencetus kepada penghasilan Berfikir Gaya Al-Fateh.
Antara input penting yang dikaji oleh Muhammad Syaari Abdul Rahman menjawab persoalan berikut:
Apakah strategi kemenangan Islam dalam Peristiwa 1453? dan strategi kemenangan Islam
Bagaimanakah hebatnya karakter Sultan Muhammad Al-Fateh, ataupun dikenali sebagai Sultan Muhammad II?
Apakah 'kuasa mental' dan 'kekuatan minda' sebenar Al-Fateh?
Benarkah Al-Fateh tidak pernah meninggalkan solat wajib dan sunat sejak baginda akil baligh?
Benarkah pembukaan Konstantinopel hanya akan berlaku pada akhir zaman?
Bagaimanakah Sultan Muhammad Al-Fateh dididik oleh kedua-dua ibu dan bapanya?