Sullam Al-Mubtadi - Tangga Bagi Orang Yang Memulai Belajar
- Availability:
- In Stock
- Product Code:
- BKA 00333
- Brand:
- Al-Hidayah
Usually dispatches within 3 to 5 working days.
Kitab ini adalah merupakan sebuah kitab kecil yang diberi nama Sullam al-Mubtadi Fi Makrifah Tariqah al-Muhtadi iaitu Tangga Bagi Orang Yang Memulai Belajar iaitu karangan Al-Alim Al-'Allamah Amin Al-Khair Al-Fahamah Maulana Wa Qudwatuna AI-Syeikh Daud Bin Al-Marhum Al-Syeikh Abdullah Al-Fathani.
Kitab ini membicarakan tentang ilmu Usuliddin atas jalan ahli Sunnah wa al-Jama'ah dan juga berkenaan hukum Fiqah. Untuk mengetahui lebih mendalam lagi, maka sebuah kitab besar akan diterbitkan iaitu syarah bagi kitab ini yang diberi nama kitab Kifayah al-Muhtadi iaitu karangan Muhammad Nur bin Muhammad bin Isma'il al-Fathani.
Kitab ini amat sinonim dan masyhur di kalangan para pelajar pondok di mana
kita ketahui sistem sekolah pondok ini amat popular dan telah ramai
melahirkan para ilmuan dalam bidang agama dan juga bidang lain yang
berkarisma dan menyumbangkan sumbangan yang besar kepada bangsa dan
agama.
Kitab ini pada asalnya adalah ditulis dalam tulisan Jawi dan bagi memudahkan
para pembaca, maka buku ini diterbitkan semula dalam tulisan rumi tanpa
mengubah perkataan asalnya. Kitab ini amat digalakkan kepada pembaca
supaya mempelajarinya melalui para guru yang berpengalaman dalam bidang
pengajian pondok supaya ilmu yang kita perolehi lebih mantap dan
diberkati.
Tags:
Book | |
---|---|
Book Author | Pengarang: Al-Alim Al-Amil Wa Al-Allamah Al-Kamil Al-Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathani, Pengalihan Tulisan Jawi ke Rumi : Ustazah Noraine Abu/Ust.Mashadi Masyuti/Ust.Azizan bin Abb. Aziz |
Book ISBN | 9789670267753 |
Book Pages | 117 Halaman |