Bersatu Selamanya

Not yet rated Write a review
Price
RM 29.00
Availability:
Sold Out
Product Code:
BKA 00088
Brand:
Al-Hidayah

Usually dispatches within 3 to 5 working days.

Share

Pertemuan pertama antara FAZRI dan FAZIRA terus memberi kesan dan terpahat kukuh dalam hati si teruna.
Cukup untuk membuatkan si teruna menanam tekad untuk menyunting si dara menjadi suri dalam hatinya walaupun si dara
langsung tidak mengendahkan kehadiran si teruna.Namun bagi Fazira, kehadiran insan bergelar lelaki itu cuba dihindari walaupun
hati mula menerima lelaki itu. 
 
Namun, jika sudah jodoh, Fazira tidak mampu menolaknya. Atas restu keluarga, mereka dijodohkan walaupun Fazira memberi seribu
alasan agar lelaki tersebut tidak memilihnya sebagai isteri.
“Saya mahu perkahwinan kita... diteruskan. Kita tetap akan berkahwin.” - FAZRI
“Jangan mengarut… Awak dah lupa dengan apa yang pernah saya katakan pada hari tu? Awak tak takut menyesal lepas berkahwin
 dengan perempuan seperti saya?!” – FAZIRA
“Saya akan lebih menyesal kalau lepaskan awak pergi!” – FAZRI
Akhirnya, bahtera yang dibina tetap bersulam bahagia. Namun tidak sangka perkahwinan mereka benar-benar diuji dengan bermacam 
dugaan. Kemunculan orang ketiga umpama asid beracun, mengikis rasa cinta dan kepercayaan Fazira terhadap Fazri. Ditambah pula
 rahsia hitam yang cukup perit untuk diluahkan kepada Fazri.
“Macam mana nak pakai kalau bentuk badan tu hilang nanti? Helo?! Dah lama berkahwin, takkanlah tak faham-faham lagi. I’m sure 
bentuk badan tu hilang lepas your wife mengandung.” – ERIN
Sampai ke satu saat, berlaku satu insiden yang tidak mungkin dapat diterima oleh mana-mana wanita termasuklah Fazira. Disebabkan 
rasa kecewa yang tidak mampu dibendung, dia membawa diri dengan membawa hati yang lara. Dia reda andai itu yang terbaik bagi 
dirinya.
Bagi Fazri pula, kehilangan Fazira umpama kehilangan nyawa sendiri. Tekadnya cuma satu, membawa pulang isteri tercinta dan 
kembalikan cahaya cinta dalam rumah tangganya.
Berjayakah Fazri? Dan apakah rahsia yang cuba disembunyikan oleh Fazira?
Write a review