Memberi ilmu yang menyeluruh kepada para
jemaah yang akan menunaikan haji di Makkah. Sesungguhnya semua amal
ibadah kita terhadap Allah SWT itu hendaklah disuluh dengan ilmu.
Menjawab pelbagai kemusykilan yang
menghantui minda bakal jemaah haji kerana tidak berkesempatan untuk
bertanya atau belajar dengan cara berguru.
Mencungkil persoalan remeh-temeh yang di luar kotak pemikiran para jemaah.
Dijadikan buku rujukan untuk dibawa bersama sepanjang perjalanan mengerjakan haji.
Carta Aliran Pelaksanaan Haji Ifrad sebagai lampiran memudahkan para jemaah melihat pelaksanaan haji itu sebagai satu overview.