Kumpulan Cerpen Bayu Dingin Mediterranean

Not yet rated Write a review
Price
RM 17.00
Availability:
In Stock
Product Code:
BKT 00093
Brand:
Telaga Biru

Usually dispatches within 3 to 5 working days.

Share

Kumpulan Cerpen Bayu Dingin Mediterranean menghimpunkan 15 buah cerpen yang rata-ratanya berlatarbelakangkan suasana kehidupan Timur Tengah. Himpunan cerpen ini digarap dengan penuh berhemah oleh penulis yang berbakat besar, Zaid Akhtar sebagai usaha melaksanakan tanggungjawab dakwahnya. Penginterpretasian mesej yang ringkas dan menarik dapat mendidik pembaca menggunakan kebijaksanaan menyelongkar makna tersirat.

Bayu Dingin Mediterranean mengungkap erti-erti perjuangan. Perjuangan hadir dalam diri setiap manusia. Perjuangan secara literasinya menampakkan ciri-ciri semangat juang berbekalkan senjata di tangan. Namun, perjuangan bukan pertempuran di medan perang semata-mata. Sebaliknya, Zaid Akhtar menginterpretasikan perjuangan dalam segenap aspek kehidupan manusia.

Perjuangan mempertahankan hak kemanusiaan yang dirampas sewenangnya, perjuangan memperteguh nafsu kendiri, perjuangan meraih cinta dan kasih sesama manusia, perjuangan mendedahkan dan menegakkan sebuah kebenaran dan perjuangan abadi mengharap cinta Allah dan Rasul-Nya.


Biodata Penulis

Zaid Akhtar atau nama sebenarnya ialah Mohamad Yazid Abdul Majid. Beliau dilahirkan di Endau, Mersing pada 16 April 1977. Anak kedua daripada tiga orang adik-beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Teluk Lipat, Endau dan di SMKA Segamat sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang bahasa Arab di Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan (1995-2000). Kemudian beliau meneruskan pengajian sehingga beroleh Sarjana Pengajian Bahasa Moden (bahasa Arab) di Universiti Malaya (2007-2010). Kini, selain daripada mengajar di sekolah selaku guru bahasa Arab, Zaid turut menyambung pengajiannya ke peringkat doktoral di Universiti Putra Malaysia.


 




Book
Book Author Zaid Akhtar
Book ISBN 978-967-388-075-1
Book Pages 144 Halaman
Write a review