Usul fiqh ialah pintu kepada ilmu fatwa dan tarjih atau ijtihad. Ia juga medan yang sangat mencabar kerana berkaitan dengan hukum Allah yang
berhajat kepada amanah dan kelayakan untuk menjadi rujukan orang ramai
dalam mengeluarkan hukum-hakam. Buku ini mengandungi soal jawab usul
fiqh, daripada mukadimah usul fiqh sehinggalah bab ijtihad. Kemudian,
diikuti dengan perbahasan takhril, seterusnya ditutup dengan adaptasi
kitab yang agung, iaitu al-Waraqat oleh Imam al-Haramain.