Rahsia Menjemput Rahmat
- Availability:
- In Stock
- Product Code:
- BKG 00017
- Brand:
- Galeri Ilmu
Usually dispatches within 3 to 5 working days.
Nikmat Allah kepada manusia sangat banyak. Satu daripadanya adalah menanam rasa belas kasih (rahmat) ke dalam hati mereka. Namun rasa belas kasih dalam hati manusia tidak sentiasa ada, kerana perasaan itu berkait rapat dengan iman yang adakalanya turun naik. Malanglah orang yang dicabut rasa belas kasih dari hatinya. Walaupun demikian, selagi tubuh masih bernafas, kita tetap berpeluang meraih rahmat daripada Allah. Kita tidak boleh berputus asa dalam mengharapkan rahmat Allah kerana rahmat Allah itu meliputi setiap makhluk-Nya. Buku ini memandu kita bagaimana untuk menjemput rahmat agar kita sentiasa tergolong dalam insan yang sentiasa bernaung dalam rahmat dan hidayah-Nya.