Meremang

Not yet rated Write a review
Price
RM 23.00
Availability:
Product Code:
BKA 00239
Brand:
Buku Prima

Usually dispatches within 3 to 5 working days.

Share

Kematian tunang yang bakal dinikahinya dua minggu lagi merupakan satu titik hitam dalam hidup Zamia Izaiqa. Selepas kematian Mohd Azriq, Zamia Izaiqa sering diganggu dengan kejadian-kejadian pelik. Sentiasa menghantui alam lena dan jaganya. Dia bertindak melarikan diri ke banglo biru yang terletak jauh di Terengganu untuk menenangkan perasaannya yang terseksa. 

Banglo biru memberikannya ketenangan yang dicari-cari dan memulihkan semangat yang semakin pergi dari hidupnya. Kehadiran Mak Tam menambahkan perasaan bahagia selama dia berada di situ. Namun di sebalik kebahagiaan itu, terselit sejuta rahsia dan mula terbongkar satu demi satu.

“Ibu takkan benarkan Mia balik sana, Danny. Banglo tu tak elok!” ~ PUAN HATILA

“Azriq cakap dia diganggu sebab kotorkan pokok besar kat belakang rumah tu. Lepas tu dia ada cadang kat tunang dia supaya tebang pokok tu.” ~ FAKHRUL

“Hampir semua orang kampung pernah nampak, dengar dan kena kacau dengan iblis-iblis kat banglo tu.” ~ IMRIZ

“Keturunan kau tu milik aku! Kau tahu tak? Aku akan rampas anak yang ada kat dalam perut kau tu!”

 

Write a review