MR. STALKER… SAYA CINTAKAN AWAKLAH!

Not yet rated Write a review
Price
RM 33.00
Availability:
Product Code:
BKA 00241
Brand:
Al-Hidayah

Usually dispatches within 3 to 5 working days.

Share

NADINE TASYRIF…  Hidupnya berubah dalam sekelip mata apabila SYED RAZIQ RAFIQI  iaitu tunangnya berlaku curang. Dan lebih tragis apabila diri sendiri yang menangkap kecurangan tunangnya bersama perempuan lain di atas katil ketika hari bahagianya menjelang tiba.

 

Dalam pelarian memujuk hati yang luka, Nadine Tasyrif  bertemu satu per satu musibah dalam hidupnya. Dia terlibat dalam kemalangan ngeri yang menyebabkan dia dituduh sebagai pembunuh, pertunangannya putus di tengah jalan dan lebih parah kerjayanya sebagai seorang model dan selebriti popular carik setelah gosip liar bertebaran di media. Nadine Tasyrif semakin tersepit lalu mengambil keputusan untuk menghilang.

 

Kehadiran NILLA, si budak garang yang bekerja sebagai pembantu butik membuatkan perasaan Zein Asyraff, si jurukamera berperwatakan selamba mula kucar-kacir. Tapi semakin Nilla garang, semakin dia suka.

 

“Awak jangan macam-macam. Awak datang sini nak tempah baju atau nak tempah kemarahan saya? Kalau tak ada apa-apa urusan, baik awak keluar sebelum saya bertukar jadi manusia mutan dan siat kulit awak guna gunting ni! Awak pilih!” – NILLA.

Write a review